URUS SETIA CAWANGAN SARAWAK

Bagi melancarkan urusan pelantikan dan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pelajaran di negeri Sarawak, maka urus setia cawangan Sarawak telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Oktober 1977. Urusan kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib dikendalikan secara terus oleh ibu pejabat.

  • Objektif
    • Memastikan urusan memproses permohonan, pengendalian temu duga, urusan tawaran dan pengesahan pelantikan PPP dan AKS dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

      Memastikan semua urusan berkaitan dengan perkhidmatan PPP dan AKS diselesaikan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan.

      Memastikan setiap rayuan diambil tindakan segera dan diberi pertimbangan yang sewajarnya mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

  • Piagam Pelanggan
    •  

      Semua calon PPP akan ditemu duga tidak lewat daripada sembilan (9) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

      Panggilan temu duga kepada calon AKS yang layak akan dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh permohonan pengisian jawatan oleh kementerian.

      Keputusan temu duga akan dimaklumkan tidak lewat daripada empat (4) minggu selepas kelulusan Suruhanjaya.

      Surat Pengesahan Pelantikan akan dikeluarkan tidak lewat daripada empat (4) minggu dari tarikh Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT) lengkap diterima.

    • Unit Pengambilan;
      • Merancang dan melaksanakan urusan pengambilan PPP dan AKS di negeri Sarawak yang meliputi urusan temu duga, tawaran dan pengesahan pelantikan.

    • Unit Perkhidmatan;
      • Memproses semua perakuan urusan perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Pendidikan di negeri Sarawak.

    • Unit Pentadbiran dan Kewangan;
      • Bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran, pengurusan kakitangan dan kewangan.
    • Unit Teknologi Maklumat;
      • Memberi khidmat sokongan teknikal dan aplikasi yang digunapakai di SPP.