Bahagian ini bertanggungjawab dalam membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam menyedia dan menyokong prasarana teknologi maklumat serta merekabentuk sistem-sistem aplikasi bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
-
Objektif
-
Membantu dalam menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat yang cekap dan berkesan. |
|
-
- Piagam Pelanggan
-
Kami warga Bahagian Teknologi Maklumat (BTM), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) berikrar akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cekap, adil dan saksama. Dalam hubungan ini BTM sukacita memberi komitmen akan:
|
Memberi layanan khidmat bantuan teknikal teknologi maklumat yang sempurna dan saksama kepada semua warga dan pelanggan SPP; |
|
Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi mengikut spesikasi yang telah dipersetujui oleh pengguna; |
|
Menyedia panduan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan; |
|
Memastikan prasarana teknologi maklumat dalam keadaan baik dan dapat berfungsi secara berterusan dengan memberi khidmat bantuan secepat mungkin melalui khidmat Meja Bantuan (Helpdesk); |
|
Memastikan data pengguna adalah selamat dan diakses oleh pengguna yang sah sahaja; |
|
Memastikan pengguna diberi latihan penggunaan aplikasi; dan |
|
Meningkatkan khidmat teknologi maklumat yang cekap, berkesan dan dinamik berteraskan teknologi semasa dan dasar teknologi maklumat kerajaan. |
|
- Penerangan Lanjut Urusan Bahagian Teknologi Maklumat
-
- Fungsi;
-
|
Menyedia dan menyokong prasarana teknologi maklumat bagi memastikan sistem-sistem aplikasi, perisian, perkakasan dan sistem rangkaian beroperasi dengan baik; |
|
Mengkaji dan mencadangkan sistem aplikasi ICT dengan kerjasama dari setiap Bahagian SPP untuk meningkatkan kecekapan pelbagai fungsi; |
|
Membangunkan sistem aplikasi ICT jabatan serta melaksanakan latihan penggunaan sistem yang baru dibangunkan; |
|
Menyenggara semua sistem aplikasi, prasarana ICT dan pusat data mengikut keperluan semasa; dan |
|
Memastikan keselamatan ICT di bawah jagaan dan kawalan terjamin. |
|
-
- Aktiviti Utama;
-
Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
|
Membangunkan sistem-sistem aplikasi SPP; |
|
Menyelenggara sistem-sistem aplikasi yang sedia ada; |
|
Memastikan sistem input dan proses kemasukan data dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat; |
|
Mempastikan semua output dari sistem aplikasi dikeluarkan dengan betul; |
|
Mengeluarkan maklumat perangkaan dari Pangkalan Data SPP atas permintaan pihak pengurusan SPP dan juga agensi-agensi lain; |
|
Membangun dan menyelenggara Laman Web dan Intranet SPP; dan |
|
Memberi bantuan teknikal dan latihan penggunaan sistem. |
Unit Operasi, Rangkaian dan Keselamatan
|
Melaksanakan tugas pentadbir pangkalan data Oracle/ Access/MySQL atau Database Administrator (DBA); |
|
Mempastikan keselamatan sistem komputer, pangkalan data dan sistem-sistem aplikasi sentiasa terjamin; |
|
Mempastikan sistem rangkaian komputer di Putrajaya, Cawangan Sabah dan Cawangan Sarawak sentiasa dalam keadaan baik; |
|
Mempastikan semua peralatan komputer ( server , mikrokomputer, pencetak, notebook) serta peralatan rangkaian sentiasa dalam keadaan baik dari segi perkakasan dan perisian sistem; |
|
Menyelenggara iventori peralatan komputer dengan baik; |
|
Menerima sebarang aduan masalah yang dihadapi oleh pengguna berkaitan dengan peralatan komputer dan sistem-sistem aplikasi; dan |
|
Memberi khidmat bantuan teknikal (Perkakasan, Perisian dan Rangkaian). |
Unit Pentadbiran, Latihan & Multimedia
|
Mengendalikan dan mengawalselia urusan Meja Bantuan (Helpdesk) khidmat sokongan pelanggan dalaman bagi sistem-sistem aplikasi sokongan (HRMIS,e-Ruling, NewsAdmin, MySupport, MyAsset, SCaF dan Portal SPP); |
|
Menyelia urusan kebajikan, keselamatan dan kebersihan pegawai dan bahagian; |
|
Mengurusetia urusan kontrak-kontrak BTM; |
|
Menguruskan urusan peminjaman dan pemulangan peralatan ICT; |
|
Mengurus dan menyelaras fail-fail bahagian, bahan dokumentasi sistem-sistem dan aplikasi, dokumen ISO dan kertas belanjawan BTM; |
|
Merancang, menyedia dan melaksanakan program-program pembudayaan ICT; |
|
Menyediakan modul, bahan pengajaran, tenaga pengajar dan persekitaran serta memberi kursus dan latihan yang diperlukan kepada pengguna; |
|
Membangun dan Menyelenggara Portal SPP; dan |
|
Memberi khidmat sokongan dan bekerjasama menyediakan persembahan multimedia, brosur, buku program dan risalah untuk kegunaan SPP. |
|
|